Sign by Danasoft - For Backgrounds and Layouts

Saturday, May 3, 2014

147 to 919

Tiba-tiba hari ini aku teringat masa lalu
Hari bersama teman seperjuangan
Teringat ungkapan yang diungkapkan

'Harap je kereta mahal, tapi takder signal. Nak tukar lane tu cuba la bagi signal'

Sebuah ungkapan yang membuat aku tersenyum sendiri bila mengenangkan masa lalu.

Ungkapan yang keluar dari teman aku ini ketika perjalanan kami dari bandar baru klang ke sunway pyramid. Teman seperjuangan yang suka memandu tanpa memakai kasut. Aku cuba mengenang masa lalu dengan membuat seperti teman seperjuangan ku. Tapi semua itu menyakitkan dan leceh.

Kampung tok senik, langkawi. Kami pernah bercita-cita hendak ke sana. Melakukan aktiviti yang agak ekstream. Tapi cita-cita sahaja.

Tapi kini, kenangan itu adalah sebuah harta yang agak berharga bagi ku.
Ku simpan, ku kunci untuk dibawa mati.

Hampir 7 tahun aku mencari dimana teman seperjuangan aku.

Mungkin suatu hari nanti pasti berjumpa.



147 to 919...






kehidupan sebuah perjalanan

Semalam, sebuah kehidupan yang telah ku lalui.
Semalam sebuah ketentuan yang telah ku ketahui.
Semalam adalah satu perjalanan yang telah diaturkan oleh Nya.
Semalam juga aku mula berfikir setiap langkah yang telah ku ambil.

Teringat aku masa lalu.
Banyak salah aku
Banyak yang telah aku abaikan
Terlalu ikut hati
Terlalu ikut nafsu

Bukan darah muda untuk disalahkan
Bukan rakan untuk disalahkan
Bukan didikan untuk disalahkan
Diri sendiri yang perlu disalahkan

Selagi bernafas, selagi itu aku ada tanggungjawab kepadaNya.